Showing posts with label Pengurusan Tugasan Eksekutif. Show all posts
Showing posts with label Pengurusan Tugasan Eksekutif. Show all posts

Wednesday, April 28, 2010

Quadrant Aktiviti Part 4(akhir)

Sambungan Dari Quadrant Aktiviti Bahagian 3

Tak penting dan tak segera; tak bermakna tak perlu!

Perkara-perkara dalam kategori ini lebih kepada keinginan. Baju mahal, Handphone baru, tukar kereta....Tak salah. Dan dalam hidup mukmin, terbaik kalau meninggalkan apa yang tidak ada kaitan dengan kita terutama perkara yang jatuh dalam buang masa.

Kesimpulannya, Prioriti setiap orang berbeza. bergantung kepada siapa kita, objektif hidup kita dan persekitaran kita. Ada orang terlalu sibuk hingga merancang pun tidak sempat. Maka, jadilah dia melakukan semua perkara yang segera tanpa mengira penting atau tidak, ataupun melakukan semua yang penting sahaja tanpa mengira segera atau tak. Melakukan penting atau segera, tak jadi kisah! Yang penting....

Get everything done!

-Zulkifli Zakaria-

Monday, April 26, 2010

Quadrant Aktiviti Part 3

sambungan dari Quadrant Aktiviti bahagian 2

Tak penting tapi segera; Allah melihat pada usaha, bukan hasil
Maksudnya;
Daripada Anas r.a dari Rasulullah s.a.w baginda bersabda: “Walaupun kiamat telah tiba, sedang di tangan salah seorang kamu masih ada (benih) korma, jika dia tidak ingin hari kiamat terjadi sebelum ia menanamnya, maka hendaklah ia menanamnya.
(Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad, At-Thayalisi (hadis 2078), Imam Bukhari di dalam al-Adab al-Mufrad (hadis 479) dan Ibn al-Arabi didalam kitabnya al-Mu’jam (1/21), Hadis ini sahih melalui sanad Hisyam ibn Yazid dari Anas r.a)

Melihat pada ketibaan kiamat, tidak ada lagi sesuatu yang lebih penting melainkan berdiam diri. Tetapi Rasulullah s.a.w menekankan bahawa perkara yang tidak penting yang kita ada dan boleh dilaksanakan dengan mudah dalam masa yang singkat, laksanakanlah. Walaupun hasilnya pasti kosong, Allah melihat pada usaha. Contoh lain yang melibatkan perkerjaan harian seperti memberi salam ketika masuk ke rumah, senyum ketika bertemu kawan, memenuhi janji dan membantu rakan yang dalam kesusahan. Perkaranya segera dan tidak penting tetapi ingatlah... Amal walaupun sedikit, tetap diberi pertimbangan...

-Zulkifli Zakaria-

Wednesday, April 21, 2010

Quadrant Aktiviti Part 2

sambungan dari Quadrant Aktiviti bahagian 1

Penting tapi tak segera; Berkerja keraslah!

Maksudnya;
Maka, apabila engkau telah selesai (sesuatu urusan), maka tetaplah bekerja keras (untuk urusan lain)
(Surah Al-Insyirah, 94:8)

Sesuatu urusan itu berubah-ubah dari sehari ke sehari. Adakalanya sesuatu urusan itu tidak segera hari ini tetapi mungkin ianya segera untuk hari esok. Sebagai contoh, urusan kerja yang bersusun tarikh selama 3 hari. Pekerjaan pada tarikh pertama adalah yang paling segera berbanding 2 lagi. Tetapi apabila masa semakin suntuk, kerja ke-2 turut menjadi segera dan seterusnya...

Namun demikian, Islam menyarankan kita supaya sentiasa berkerja untuk apa sahaja yang penting. Berkerjalah setiap masa, dan jangan bertangguh kerana bertangguh-tangguh itu bukan akhlak kita. Selesaikan urusan-urusan yang penting dalam setiap masa yang kita ada.




"Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang kita ada. Oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan bantulah saudaramu menggunakan masa dengan baik dan ringkaskanlah pelaksanaan urusan-urusanmu" 
-10 pesanan Imam Hassan Al-Banna-


-Zulkifli Zakaria-

Monday, April 19, 2010

Quadrant Aktiviti Part 1

Salam A'laykum

Bercerita tentang Kuadran(pembahagian kepada 4 bahagian) aktiviti, bab memahami intipatinya tidaklah sesukar mana. Tapi, bab menentukan penting-tak penting, segera-tak segera, itu yang susah.

erk...apakata download dulu Kuadran Aktiviti di link berikut:




Sudah? Ayuh, kita sambung.
Menentukan aktiviti apa yang masuk dalam kategori mana, perlu ada garispanduan yang jelas atau juga disebut 'objektif' atau dalam bahasa indonesianya, 'titik!'

Garispanduan ini ada diajar dalam islam. Dan InshaAllah, saya akan mengemukakan beberapa contoh dari Al-Quran dan As-sunnah. Hanya beberapa kerana selebihnya terletak pada akal dan laras pentafsiran anda sendiri.

Penting dan segera; Fitrah kemanusiaan
Dalam satu hadis Nabi s.a.w, baginda menyebut;

Maksudnya;
Aku pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda : Janganlah sembahyang salah seorang kamu, dimana telah hadir makanan, dan menahan hadas.
(Hadis ini riwayat Ahmad, Muslim dan Abu Daud melalui Aisyah r.a)

Pada asalnya, solat adalah perkara penting dan segera (perlu diselesaikan dalam waktunya). Tetapi apabila fitrah seseorang manusia yang menuntut seperti buang air dan kelaparan, maka perlulah diselesaikan tuntutan-tuntutan ini terlebih dahulu. Ini kerana islam selaku agama fitrah, sangat menghargai fitrah manusia. Manusia, walaupun solat kuat mana sekalipun, tetap manusia yang perlu makanan dan membuang air. Manusia takkan jadi malaikat walaumacamana sekalipun(tetapi darjat manusia boleh jadi lebih tinggi dari malaikat). Dan sepertimana islam menghargai fitrah akal manusia dengan membuka ruang ijtihad, begitu juga islam menghargai fitrah-fitrah lain pada manusia dengan memberikan rukhsah seluas-luasnya.


Beribadahlah tapi  sentiasa menjadi manusiawi!
[solat.bmp]

-Zulkifli Zakaria-

Monday, April 12, 2010

Berusahalah...

Salam A'laykum...

"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." [2:216]

Bersungguh-sungguhlah dalam pekerjaanmu....

-Zulkifli Zakaria-