Tuesday, August 31, 2010

Harga sebuah Senyuman.

Salam,

Tak sikit yang mengeluh tentang susahnya hidup. Tp sebenarnya perasaan 'hidup-itu-susah' tu yang sebenarnya lebih susah...=D

Ambik masa, berhenti kerja sejenak. Fikirkan satu (satu pun dah cukup) kenangan paling baik yang mampu menjadikan kita senyum sendiri. Fikirlah, lama mana pun tak jadi masalah.

**pastikan perbuatan semacam ini dibuat secara private; dalam bilik lebih proper.

cmne? ade perubahan ke?
Takde ek?.... -_-"

Yang sebenarnya Dragon ball ada tujuh biji semuanya setiap kali kita senyum, lebih 200 otot wajah digerakkan. Lebih banyak darah dialirkan ke bahagian wajah dan pd masa y sama, aliran darah ke pangkal otak(brain stem) dikurangkan. Jadi secara biologinya, ini mengembalikan otak kepada state tenang/high/sleep mode/...

Selepas dah tenang semua...saya nak bawa satu cerita, kalau ingat lagi la...

Beberapa puluh tahun yang lalu, ada seorang pemuda yang bosan dengan hidup dan pemikiran. Dia bercadang untuk berehat di bawah sebatang pokok. Target dia jelas; no thinking!

Tp tengah-tengah rehat tu, jatuh pulak sebiji buah (dipercayai bahawa buah ni takde duri) menimpa kepalanya.

                            arithmetic just drops out of trees

Sambil mengaduh kesakitan, otak dia automatically masuk ke thinking state, berfikir mcmna buah ni boleh jatuh ke bawah. Kenapa ke bawah bukan ke atas...selepas lama berfikir, dia TERSENYUM kerana merasakan dia telah menemui jawapan kpd persoalannya sendiri. Maka jadilah....cococrunch graviti...

P/s: Senyum, untuk trigger pemikiran yang lebih halus dan tenang...               


Wednesday, June 23, 2010

Baiklah... untuk kebaikan diri sendiri...

Maksudnya: Dan ketika Tuhanmu memaklumkan, "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu...
[Surah Ibrahim, 14:7]

"Adoi...ape la bengap sangat aku ni... 12 perkataan pun susah nak hafal...Bodoh!" Jerit seorang kawan.
Tak hairanlah, suami isteri boleh bercerai kalau macam ni.
kerana 12 daripada 2173 perkataan yang belum dihafal...

Syukurlah, kerana 2161 patah perkataan telah dihafal. Syukur itu tak lain, hanya untuk diri sendiri.

Dengan patah 'Alhamdulillah' mampu menenangkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang lebih bodoh. Hantuk kepala ke dinding, luku kepala, atau menjerit tak tentu hala sampai lupa balik 2161 perkataan lain.

Syukur itu meletakkan kita pada tahap selesa, dan memberi penghargaan pada diri sendiri lantas memberi ruang untuk kita berkerja lebih efektif. Nikmat bukan?

Berdasarkan Teori psikologi, Manusia yang sentiasa diberi tekanan akan selesa berkerja dibawah tekanan, praktikalitinya pada askar yang tugasnya di medan-medan tempur.
Jadi, tak hairanlah kalau seorang askar mungkin mahukan rumahnya ala-ala medan tempur.
dan tak mustahil seorang Doktor yang mahukan Hospitalnya seperti gelanggang Kick-box

Maksudnya; ...dan, sesungguhnya jika kamu mengingkari (nikmat-Ku) maka pasti, azab-Ku amatlah berat"
[Surah Ibrahim, 14:7]


Wednesday, May 26, 2010

Sayangilah otak kita



Otak...
Setiap orang ada satu kan?
apa??!!! tak pasti ada atau tak?
......

Saya selalu gaduh dengan kawan...
akal dan fikiran, sama atau berbeza?
saya kata lain
dia kata sama
kami bergaduh
hampir bertumbuk
nasib baik waktu tu dekat taman bunga,
banyak bunga tengok kitorang...
haha

tapi saya tak kisah
sebab dia kawan saya
dia pun ada otak
saya pun ada otak

otak dia berfikir juga macam saya

**     alamak, dah melalut jauh ni  T_T     **

Apa yang nak diberitahu adalah: otak wujud.
Kalau menurut pakar-pakar bedah, orang yang ada otak takkan tengok otak sendiri.
anda pernah? Oh...

Kewujudan otak tak boleh dibuktikan melalui deria-deria yang ada.
tapi keberadaan deria membuktikan kewujudan otak.
........
*pening sekejap*

ada orang terlalu mempercayai dia ada otak, siap membanding-bandingkan kebaikan otak dia berbanding orang lain. (IQ)
Tak perlu la...
bukan awak punya pun...
syukurlah...

Tapi Allah tetap menyuruh kita menjaga apa yang kita ada ni;

Maksudnya; Bacalah dengan nama tuhan yang menciptakan, dicipta manusia dari segumpal darah, bacalah dan Tuhanmu yang maha tinggi, yang mengajar dengan pena

Jagalah tumbesaran otak dengan menggalakkan berfikir.
Banyakkan membaca bahan ilmiah, dan banyakkan menulis

Menurut institute of neurological research; simptom-simptom Alzheimer, dementia @nyanyuk didapati tidak ada dari golongan yang terlibat dengan perkerjaan tulis-baca sepanjang hidupnya. Walaupun ada je pesakit yang pernah bekerja sebagai pustakawan, penerbit surat khabar dsbgnya...

Tak mau malas-malas lagi okey...
memBaca dan meNulis lah sebab Janji Allah;

Maksudnya; mengajar manusia apa yang tidak diketahui

Apakah yang tidak diketahui itu?
Rahsianya ada dalam kalimah

Untuk tahu lebih lanjut, perlu tanya pada pakar bahasa arab =)
dan juga

Perlu banyakkan Membaca dan menulis!

Tuesday, May 04, 2010

Kayu ukur peribadi



Assalamualaykum...

Kadang-kadang, kita tak buat apa-apa pun... benda kecil je.

Lupa nak teman kawan membeli-belah... Simple je...
Tapi alih-alih, kawan merajuk pulak...

Kalau macamni, saya lebih rela kawan saya terus merajuk... =P

Dan kadang-kadang tu, kita cakap sesuatu yang rasanya... kita tak pernah kisah pun apa orang lain nak cakap....

Tapi, silap la! Kawan yang lagi sorang pulak merajuk...

                                 

Pening kan...

Emosi manusia bukan mudah, tapi ada titik kelemahannya yang kita kena kaji.
senang je, sebab Ar-rasul dah pernah cakap dulu;
Maksudnya; Dari Abu Hamzah Anas bin Malik, pembantu Rasulullah s.a.w, dari Nabi Shallallahu'alaihi Wasallam baginda bersabda: Tidaklah beriman seseorang dari kamu sehingga ia mencintai untuk saudaranya apa yang ia cintai untuk dirinya

Bezakan; Suka, Benci, Tak kisah

Kita suka orang puji kita, senyum dan berterimakasih terhadap kebaikan kita.
Pujilah sahabat, senyum dan berterimakasih lah dalam apa-apa perkara

Kita benci orang kutuk kita dan buat bodoh bila kita bercakap.
Maka, tak perlulah kutuk sahabat dan buat bodoh bila dia bercakap

Kita tak kisah kalau orang cakap kasar dan malukan kita depan orang ramai....
Dekat sini lain sikit... Tak perlu bercakap kasar dan malukan sahabat kita depan orang ramai...
Sebab Rasulullah warning; Apa yang kita suka, orang lain akan suka. Benda yang kita benci, orang akan benci...
Tapi benda yang kita tak kisah, belum tentu orang lain tak kisah...

Setuju??

Friday, April 30, 2010

Bersahabat atau bermusuh?

Salam...

Bezakan sahabat dan musuh yer...

Sebab ramai orang melayan sahabat macam musuh la semenjak 2 menjak ni.

Rasul ajar, kalau cinta pada sahabat, luahkan. Jangan malu... Gay? Owh, betul ke? atau cakap-cakap orang saja?

Senyum, salam dan Doa. Bukan prank dan malukan sahabat.

Itu akhlak dan layanan kita pada sahabat.

Musuh? Senyum, salam, doa dia diberi hidayah, dan berhati-hati! setiap kata-kata dan tindakannya. Layak kita letak prasangka.

Daripada Mu'az bin Jabal r.a. Rasulullah Sallallaahu Alayhi Wasallam bersabda, " dan balaslah cinta saudaramu dengan senyum, berjabat tangan yang erat,  pelukan dan ucapkanlah, 'Uhibbukal ladzi ahbabtani lahuu, aku mencintaimu sebagaimana engkau mencintaiku karena-Nya.' "

Wednesday, April 28, 2010

Quadrant Aktiviti Part 4(akhir)

Sambungan Dari Quadrant Aktiviti Bahagian 3

Tak penting dan tak segera; tak bermakna tak perlu!

Perkara-perkara dalam kategori ini lebih kepada keinginan. Baju mahal, Handphone baru, tukar kereta....Tak salah. Dan dalam hidup mukmin, terbaik kalau meninggalkan apa yang tidak ada kaitan dengan kita terutama perkara yang jatuh dalam buang masa.

Kesimpulannya, Prioriti setiap orang berbeza. bergantung kepada siapa kita, objektif hidup kita dan persekitaran kita. Ada orang terlalu sibuk hingga merancang pun tidak sempat. Maka, jadilah dia melakukan semua perkara yang segera tanpa mengira penting atau tidak, ataupun melakukan semua yang penting sahaja tanpa mengira segera atau tak. Melakukan penting atau segera, tak jadi kisah! Yang penting....

Get everything done!

-Zulkifli Zakaria-

Monday, April 26, 2010

Quadrant Aktiviti Part 3

sambungan dari Quadrant Aktiviti bahagian 2

Tak penting tapi segera; Allah melihat pada usaha, bukan hasil
Maksudnya;
Daripada Anas r.a dari Rasulullah s.a.w baginda bersabda: “Walaupun kiamat telah tiba, sedang di tangan salah seorang kamu masih ada (benih) korma, jika dia tidak ingin hari kiamat terjadi sebelum ia menanamnya, maka hendaklah ia menanamnya.
(Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad, At-Thayalisi (hadis 2078), Imam Bukhari di dalam al-Adab al-Mufrad (hadis 479) dan Ibn al-Arabi didalam kitabnya al-Mu’jam (1/21), Hadis ini sahih melalui sanad Hisyam ibn Yazid dari Anas r.a)

Melihat pada ketibaan kiamat, tidak ada lagi sesuatu yang lebih penting melainkan berdiam diri. Tetapi Rasulullah s.a.w menekankan bahawa perkara yang tidak penting yang kita ada dan boleh dilaksanakan dengan mudah dalam masa yang singkat, laksanakanlah. Walaupun hasilnya pasti kosong, Allah melihat pada usaha. Contoh lain yang melibatkan perkerjaan harian seperti memberi salam ketika masuk ke rumah, senyum ketika bertemu kawan, memenuhi janji dan membantu rakan yang dalam kesusahan. Perkaranya segera dan tidak penting tetapi ingatlah... Amal walaupun sedikit, tetap diberi pertimbangan...

-Zulkifli Zakaria-

Thursday, April 22, 2010

Kelemahan orang, kekuatan kita tp kekuatan orang adalah kekuatan kita!

Salam

Benar atau Bohong...??? (Sekadar Gambar Hiasan)

Ada 2 kampung, Benar dan Bohong.
Daerah Benar, penduduknya sentiasa berkata benar, sedangkan di Daerah Bohong, penduduknya sentiasa berbohong. Tak ada yang benar dekat kampung ni.
Arakian wujudnya seorang pemuda yang berjalan. Tujuannya nak pergi ke kampung Benar.
Sampai dekat simpang antara dua kampung, Si pemuda berhenti sebab tak tahu mana satu arah ke kampung Benar. Kebetulan pula dekat simpang tu ada seorang tua.

Baru je nak tanya soalan, Pakcik tu bagi warning; "Aku akan jawab 3 soalan je..."

Sekonyong-konyong, pemuda pun bertanya "Pak cik ni dari Kampung Benar ke Kampung Bohong"

"Kampung Benar"

Terkulat-kulat si pemuda. Pakcik ni walaupun dah tua, bukan boleh percaya sangat. Mungkin betul dia ni dari Kampung Benar ataupun dia ni dari Kampung Bohong yang mengaku dari Kampung Benar.

"PakCik cakap benar ke ni?"

"Benar"

2 soalan dah ditanya...Tapi pemuda masih lagi Terkulat-kulat. Hadoi...Pening...

Situasi yang sama berlaku ketika zaman kebangkitan islam. Dalam peristiwa perjanjian Hudaibiyah, satu daripada perjanjian yang menimbulkan perdebatan dikalangan sahabat ialah mengenai pelarian. Perjanjian damai Hudaibiyah memutuskan sesiapa yang datang dari pihak Muhammad ke Mekah tidak perlu dipulangkan tetapi sesiapa yang datang dari pihak Mekah kepada Muhammad, perlu dipulangkan.

Pada Asalnya Rasulullah bersetuju dengan bantuan wahyu. Tetapi persetujuan ini bukan bermakna mendapat kebenaran dari Allah untuk berdiam diri. Usahakanlah!
Cari Kekuatan kita dalam perkara yang dilihat menjadi kelemahan. InshaAllah, ada penyelesaian.

Maksudnya;
Dan barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, baginya jalan keluar....
(At-Talaq, 65:2)

Dalam kes pemuda tadi, Si pemuda akhirnya bertanyakan arah menuju ke Kampung Pakcik tu. Kalau Pakcik tu dari Kampung Benar, dia akan tunjukkan arah yang benar tetapi kalau Pakcik tu dari Kampung Bohong sekalipun, dia akan menunjukkan arah ke Kampung Benar.

Kecil sahaja peluang untuk menang, kuncinya; Berfikirlah!


Maksudnya;
Dan merezekikannyadari arah yang tidak dijangka...
(At-Talaq, 65:3)

-Zulkifli Zakaria-

Wednesday, April 21, 2010

Ber-sosial-lah Part 1

Salam...

Bersosial...

....atau bergaul, adalah tuntutan.

Kerana bergaul adalah mengenali perhubungan antara manusia dengan manusia.

Bagaimana permulaan dan pengakhirannya...

Bermula dari serendah-rendah senyuman...

Kepada setinggi-tinggi kesabaran...

Dan pertengahannya memahami...

Tutur kata zahir, Emosi batin dan Isyarat jasad...

Bergaul,

senyum...

Dan bersabarlah!

Nescaya kamu akan memahami....


Maksudnya;
Orang beriman yang bergaul dengan masyarakat dan sabar menanggung gangguannya, lebih baik daripada orang yang tidak bergaul dengan masyarakat dan tidak pula sabar menghadapi gangguannya
(Hadis riwayat Ibnu Majah dan Ahmad)

-Zulkifli Zakaria-

Quadrant Aktiviti Part 2

sambungan dari Quadrant Aktiviti bahagian 1

Penting tapi tak segera; Berkerja keraslah!

Maksudnya;
Maka, apabila engkau telah selesai (sesuatu urusan), maka tetaplah bekerja keras (untuk urusan lain)
(Surah Al-Insyirah, 94:8)

Sesuatu urusan itu berubah-ubah dari sehari ke sehari. Adakalanya sesuatu urusan itu tidak segera hari ini tetapi mungkin ianya segera untuk hari esok. Sebagai contoh, urusan kerja yang bersusun tarikh selama 3 hari. Pekerjaan pada tarikh pertama adalah yang paling segera berbanding 2 lagi. Tetapi apabila masa semakin suntuk, kerja ke-2 turut menjadi segera dan seterusnya...

Namun demikian, Islam menyarankan kita supaya sentiasa berkerja untuk apa sahaja yang penting. Berkerjalah setiap masa, dan jangan bertangguh kerana bertangguh-tangguh itu bukan akhlak kita. Selesaikan urusan-urusan yang penting dalam setiap masa yang kita ada.




"Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang kita ada. Oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan bantulah saudaramu menggunakan masa dengan baik dan ringkaskanlah pelaksanaan urusan-urusanmu" 
-10 pesanan Imam Hassan Al-Banna-


-Zulkifli Zakaria-

Monday, April 19, 2010

Quadrant Aktiviti Part 1

Salam A'laykum

Bercerita tentang Kuadran(pembahagian kepada 4 bahagian) aktiviti, bab memahami intipatinya tidaklah sesukar mana. Tapi, bab menentukan penting-tak penting, segera-tak segera, itu yang susah.

erk...apakata download dulu Kuadran Aktiviti di link berikut:




Sudah? Ayuh, kita sambung.
Menentukan aktiviti apa yang masuk dalam kategori mana, perlu ada garispanduan yang jelas atau juga disebut 'objektif' atau dalam bahasa indonesianya, 'titik!'

Garispanduan ini ada diajar dalam islam. Dan InshaAllah, saya akan mengemukakan beberapa contoh dari Al-Quran dan As-sunnah. Hanya beberapa kerana selebihnya terletak pada akal dan laras pentafsiran anda sendiri.

Penting dan segera; Fitrah kemanusiaan
Dalam satu hadis Nabi s.a.w, baginda menyebut;

Maksudnya;
Aku pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda : Janganlah sembahyang salah seorang kamu, dimana telah hadir makanan, dan menahan hadas.
(Hadis ini riwayat Ahmad, Muslim dan Abu Daud melalui Aisyah r.a)

Pada asalnya, solat adalah perkara penting dan segera (perlu diselesaikan dalam waktunya). Tetapi apabila fitrah seseorang manusia yang menuntut seperti buang air dan kelaparan, maka perlulah diselesaikan tuntutan-tuntutan ini terlebih dahulu. Ini kerana islam selaku agama fitrah, sangat menghargai fitrah manusia. Manusia, walaupun solat kuat mana sekalipun, tetap manusia yang perlu makanan dan membuang air. Manusia takkan jadi malaikat walaumacamana sekalipun(tetapi darjat manusia boleh jadi lebih tinggi dari malaikat). Dan sepertimana islam menghargai fitrah akal manusia dengan membuka ruang ijtihad, begitu juga islam menghargai fitrah-fitrah lain pada manusia dengan memberikan rukhsah seluas-luasnya.


Beribadahlah tapi  sentiasa menjadi manusiawi!
[solat.bmp]

-Zulkifli Zakaria-

Sunday, April 18, 2010

Pengurusan Masa



Salam,

E-pengurusan ditubuhkan dengan sengaja untuk membantu para pelajar dan juga perorangan yang sudah berkerja mahupun tidak, dalam menguruskan penggunaan masa. Kita sudah selalu sangat bercerita tentang menggunakan masa dengan baik samada dengan cara menggariskan perkerjaan kepada keperluan&kehendak, penting & tidak penting, segera ataupun tidak segera...dan pelbagai lagi.
Bercakap sahaja memang mudah tetapi dalam hal mengaplikasikannya, sangatlah sukar. Oleh sebab itulah saya berasa terpanggil untuk berkongsi dokumen2 yang diubahsuai sendiri berdasarkan kepada teori-teori dalam buku.

Dokumen inshaAllah boleh di download melalui hard-disk virtual(maya). Link-link ada diletakkan di bahagian kanan blog.

Selamat merancang! =)

"Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepada-Nya." [3:159]

'Plan your work and work your plan'
-Zulkifli Zakaria-

Monday, April 12, 2010

Berusahalah...

Salam A'laykum...

"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." [2:216]

Bersungguh-sungguhlah dalam pekerjaanmu....

-Zulkifli Zakaria-

Sunday, January 17, 2010

Salam.



Masa.....

Terlalu besar pentakrifan perkataan yang bermula dari 4 huruf ini.
M.A.S.A
ada yang menganggap masa bernilai sama dengan benda (emas...)
ada juga yang melayan masa sama seperti partikel quark, lepton, photon dsbginya hingga berura-ura mencipta mesin masa. (bending time macam bending light)
pun ada yang menganggap masa adalah satu kewujudan yang dipertengahan antara juzuk dan bukan juzuk yang wujud (ini perlu tanya semula pada Einstein)
paling simple, masa adalah pusingan jam (andaikata jam tidak dicipta, sudah tentu masa tidak wujud sama sekali)

walau apa pun anggapan, ataupun pegangan anda mengenai masa, tak perlu diperdebatkan disini. Masa adalah masa, sukar ditafsir tetapi perlu dilayan atau mungkin masa akan bertukar menjadi masalah.

Masa=Misteri
Masih ramai yang terkial-kial mencari takrifan masa semata-mata mahu memahami masa itu apa? owh, kamon lah! masa berjalan!

                             
"There is thing need to be understood but there ARE certain that doesn't need to"

even dalam sains sendiri, masih banyak TEORI yang belum mampu dijelaskan contohnya 'placebo effect' dan 'withdrawal effect'. Pandanglah dari arah mana sekalipun, masa tetap masa yang wujud dan terus berjalan.

'Gunakanlah masa sebaik mungkin sebelum nikmat masa ditarik ketika mati....'
-Zulkifli Zakaria-