Thursday, April 22, 2010

Kelemahan orang, kekuatan kita tp kekuatan orang adalah kekuatan kita!

Salam

Benar atau Bohong...??? (Sekadar Gambar Hiasan)

Ada 2 kampung, Benar dan Bohong.
Daerah Benar, penduduknya sentiasa berkata benar, sedangkan di Daerah Bohong, penduduknya sentiasa berbohong. Tak ada yang benar dekat kampung ni.
Arakian wujudnya seorang pemuda yang berjalan. Tujuannya nak pergi ke kampung Benar.
Sampai dekat simpang antara dua kampung, Si pemuda berhenti sebab tak tahu mana satu arah ke kampung Benar. Kebetulan pula dekat simpang tu ada seorang tua.

Baru je nak tanya soalan, Pakcik tu bagi warning; "Aku akan jawab 3 soalan je..."

Sekonyong-konyong, pemuda pun bertanya "Pak cik ni dari Kampung Benar ke Kampung Bohong"

"Kampung Benar"

Terkulat-kulat si pemuda. Pakcik ni walaupun dah tua, bukan boleh percaya sangat. Mungkin betul dia ni dari Kampung Benar ataupun dia ni dari Kampung Bohong yang mengaku dari Kampung Benar.

"PakCik cakap benar ke ni?"

"Benar"

2 soalan dah ditanya...Tapi pemuda masih lagi Terkulat-kulat. Hadoi...Pening...

Situasi yang sama berlaku ketika zaman kebangkitan islam. Dalam peristiwa perjanjian Hudaibiyah, satu daripada perjanjian yang menimbulkan perdebatan dikalangan sahabat ialah mengenai pelarian. Perjanjian damai Hudaibiyah memutuskan sesiapa yang datang dari pihak Muhammad ke Mekah tidak perlu dipulangkan tetapi sesiapa yang datang dari pihak Mekah kepada Muhammad, perlu dipulangkan.

Pada Asalnya Rasulullah bersetuju dengan bantuan wahyu. Tetapi persetujuan ini bukan bermakna mendapat kebenaran dari Allah untuk berdiam diri. Usahakanlah!
Cari Kekuatan kita dalam perkara yang dilihat menjadi kelemahan. InshaAllah, ada penyelesaian.

Maksudnya;
Dan barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, baginya jalan keluar....
(At-Talaq, 65:2)

Dalam kes pemuda tadi, Si pemuda akhirnya bertanyakan arah menuju ke Kampung Pakcik tu. Kalau Pakcik tu dari Kampung Benar, dia akan tunjukkan arah yang benar tetapi kalau Pakcik tu dari Kampung Bohong sekalipun, dia akan menunjukkan arah ke Kampung Benar.

Kecil sahaja peluang untuk menang, kuncinya; Berfikirlah!


Maksudnya;
Dan merezekikannyadari arah yang tidak dijangka...
(At-Talaq, 65:3)

-Zulkifli Zakaria-

No comments:

Post a Comment