Wednesday, April 21, 2010

Quadrant Aktiviti Part 2

sambungan dari Quadrant Aktiviti bahagian 1

Penting tapi tak segera; Berkerja keraslah!

Maksudnya;
Maka, apabila engkau telah selesai (sesuatu urusan), maka tetaplah bekerja keras (untuk urusan lain)
(Surah Al-Insyirah, 94:8)

Sesuatu urusan itu berubah-ubah dari sehari ke sehari. Adakalanya sesuatu urusan itu tidak segera hari ini tetapi mungkin ianya segera untuk hari esok. Sebagai contoh, urusan kerja yang bersusun tarikh selama 3 hari. Pekerjaan pada tarikh pertama adalah yang paling segera berbanding 2 lagi. Tetapi apabila masa semakin suntuk, kerja ke-2 turut menjadi segera dan seterusnya...

Namun demikian, Islam menyarankan kita supaya sentiasa berkerja untuk apa sahaja yang penting. Berkerjalah setiap masa, dan jangan bertangguh kerana bertangguh-tangguh itu bukan akhlak kita. Selesaikan urusan-urusan yang penting dalam setiap masa yang kita ada.




"Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang kita ada. Oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan bantulah saudaramu menggunakan masa dengan baik dan ringkaskanlah pelaksanaan urusan-urusanmu" 
-10 pesanan Imam Hassan Al-Banna-


-Zulkifli Zakaria-

No comments:

Post a Comment